Wednesday, May 27, 2009

Topik pagi nie.....

Salam semua


rasanya dah lama benor aku tak update blog aku nih..bukan tak de masa atau x de citer...tapi sindrom 'malas' yang menyerang dua tiga menjak ni...tapi yg peliknya bila baca blog org teramat rajin ler pulak...

hmm citer apa yang aku nak storykan kali ni ye...bukan pase mkn atau jalan-jalan cari pasal tapi tentang perangai sesetengah manusia ni...ehem..ehem.. mentang2 ler baru balik dri training smlm....byk info yang aku dapat yang aku rasa nak share dgn kekawan semua...salah satunya ialah tiada manusia yang sempurna ....pasti ada kelebihan dan kekurangan atau kelemahan masing2...jika kita tahu kita ada kelebihan yang orang lain tak de gunakan kelebihan itu sebaiknya..maksud aku perelokkan atau perindahkan lagi supaya semuanya menjadi lebih baik dan setiap kelemahan kita tu anggaplah ianya sebagai cabaran diri yang perlu perbaiki atau diatasi supaya ianya tidak memberi kesan kepada keadaan sekeliling kita samada kepada keluarga atau rakan2 kita...bukan apa kalau kita buat donno aje atau anggap orang lain tu boleh terima setiap kelemahan kita tu ...takut lama2 orang menyampah nak berkawan dgn kita pulak....

aku sempat selitkan satu artikel yang diemail oleh seorang sahabat beberapa minggu lalu ...aku rasa sesuai dgn topik merapu meraban aku pada pagi ni........



Salah satu cabaran ditempat kerja, ada orang yang ngam dengan kita, ada yang dalam diam tak ngam dengan kita. Ada ke orang camni? Mungkin Ada....

Ada orang, tetiba tak layan kita, tak sambut tangan kita bila kita salam dia dan tak nengok muka kita langsung time kita bertembung. Bila Anda mengalami situasi camni, hadapilah ia dengan tenang.
Fikiran kena baik sepanjang masa, supaya kita berada dalam situasi yang baik-baik juga sepanjang masa, selama Anda berada di tempat kerja Anda sekarang.

Mungkin Anda tak tahu. Fikiran kita, hati kita dan minda kita, sepanjang masa berdoa.
Apa yang kita fikirkan selalu, ibarat kita berdoa minta ia dimunculkan pada kita. Apa yang kita selalu cakap dalam hati, ibarat kita minta supaya apa yang kita cakapkan itu didatangkan pada kita. Apa yang kita ulang-ulangkan di minda, apa yang kita ingat selalu, bayangkan selalu, ibarat kita berdoa supaya ia dijelmakan dalam kehidupan kita.

Saranan supaya bersangka baik pada sesiapa saja bukan sekadar saranan. fikiran, percakapan dan perbuatan kita memberi kesan tersendiri. Kita buat baik pada orang, orang buat baik pada kita juga.
Sebaliknya, bila kita jahat pada orang, otomatiknya orang akan jahat ngan kita juga. Jika kita berfikiran buruk pada orang, orang akan berfikiran buruk pada kita lantas membangkitkan komunikasi negatif antara kedua belah pihak, Anda dan dia.

Jangan cepat bersangka buruk bila orang buat tak layan denagn Anda. Gunakan reverse saikologi. Anggaplah dia mahu Anda tunjukkan pada dia kerajinan Anda, semangat kerja Anda dan kemahiran Anda. Itu lebih baik dari bersangka buruk tetiba.

Mungkin hari ni dia tak layan Anda. Esok-esok, mana tahu, dia sendiri yang datang tegur Anda.Sesetengah orang suka menilai orang lain dulu, dengan menguji dia. Anda kena terima hakikat memang ada orang camni. Dia test try dulu, tengok OK ke tidak, baik hati ke tidak.
Untuk kekal bersemangat, kekal berfikiran positif, bersangka baiklah dalam apa saja situasi, apa saja keadaan dalam apa jua ketika.



2 comments:

  1. topik yg sgt mencabar minda utk jd baik.....bukan senang nak praktik jd +ve.....mcm artikel "choice" aku je...ha...ha..moral nye: YOU GOT BACK WHAT U DID......

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak suruh orang berfikiran positif pokok pangkal hati dan perasaan orang tu sendiri, yg penting kita tak kacau hidup orang, semua saya kawan tau, yg pura2 kawan pun saya kawan jugakkkkk

    ReplyDelete