Thursday, May 28, 2009

adalah tuuuu.........


petang smlm dalam kul 6.00 hubby call aku.......

Hubby : Assalamualaikum
Aku : Waalaikumsalam
Hubby : Mama kat mana?

Aku : kat umah, tgh nyapu ni...abg kat mana ni?

Hubby : kat pasarmalm...mama leh dtg sini tak...kat Petronas Seksyen 4 ni

Aku : Apsal?

Hubby : Abang nak pegi buat report kat balai...keta kena langgar dgn bas kilang

Aku : laaa camner leh kena langgar? (kaki aku rasa dah lemah ni..cam x leh diri dah)

Hubby : bukan keta kita je..ada 11 bijik...jgn lupa bawak kamera skali

Aku : Ya Allah...abang x de apa2 ker?

Hubby : abg ok...mama dtg skrg

Aku : ok...ok...

itulah kejadian yang berlaku ptg smlm...Kat Petronas tu ada pasarmlm setiap hari Rabu ..selalunya hubby memang jarang pegi ke situ..ntah mcmama nak kena kata orang...smlm abis meeting awai...jadi saja la dia singgah kat situ ingat nak beli buah....parking la keta kat tepi jln tu rupa-rupanya abis disapu dek bas kilang yg hilang kawalan akibat dipandu dgn laju....11 biji keta semuanya... Kancil, Viva, Myvi, Honda, Citra, motor usah ckp laaa ...berkecai jd besi buruk...leh timbang kati ....Syukur Alhamdullillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku....cuma driver kancil cedera dan patah kaki ..... driver bas kilang tu pulak teruk dibelasah dek orang ramai yang ada kat situ...dah tau kat situ ada pasarmlm , jln pulak sempit sbb orang parking keta kiri kanan apsal la bawak bas macm org mabuk...elok pun kena belasah...masa aku sampai mcm ada konsert pulak kat situ ... penuh dgn manusia yg dtg tgk ..tu x kira tonto2 yang nak cari duit......

Keta hubby remuk kiri kanan pintu...x leh jalan...hubby call AAM dtg pas tu tunda ke balai polis Kajang untuk buat report...kat balai mlm tu pon cm pesta jugak..diserang dgn tuan2 punya keta... foreman keta ckp mau 3 minggu baru leh siap...kesian kat hubby ...patah kaki la jawabnya tapi x pe kelisa buruk aku tu ada ...tapi hubby kena la jadi driver aku 2-3 minggu ni....nak kata apa...benda dah jadi...anggap sebagai satu ujian dan kifarah dari Allah...kena muhasabah diri ...ADALAH TUUU yang DIA suruh kita ingat......tapi aku respex la dgn hubby aku ni...cool aje.... kalau kena kt aku ntah laaa...silap2 driver India tu dah kena pelempang jugak dgn aku...ye ker?????

keta hubby remuk dirempuh oleh kancil
akibat rempuhan kuat keta hubby bergesel pulak dgn citra yg parking kat sebelah




kancil yang di langgar oleh bas rempuh pulak keta hubby dan terpelanting ke sebelah longkang



driver dan penumpang dah dihantar ke hospital..2 org adik beradik....yg korang nampak tu ialah abang budak pompuan tu tgh clearkan barang2 dlm keta dia sebelum keta ditarik ke balai polis...bapa budak pompuan ni sampai2 aje terus bagi penumbuk kat driver bas tu...




viva ni pulak datang dari arah bertentangan, di langgar oleh bas lepas tu berpusing2 dan merempuh pulak Honda dan Myvi yang diparking kt situ..mujur pakcik ni cuma cedera ringan , keta baru beli 2 bulan...total lost...aku tgk petrol dah melimpah atas jln...kalau ler ada sapa2 yang terbuang puntung rokok ke hapa ker..hmm x tau lah......


Honda yang menjunam ke longkang selepas di hentam dek viva ..remuk depan belakang..di sebelahnya Myvi pun terima nasib yg sama...

Wednesday, May 27, 2009

Topik pagi nie.....

Salam semua


rasanya dah lama benor aku tak update blog aku nih..bukan tak de masa atau x de citer...tapi sindrom 'malas' yang menyerang dua tiga menjak ni...tapi yg peliknya bila baca blog org teramat rajin ler pulak...

hmm citer apa yang aku nak storykan kali ni ye...bukan pase mkn atau jalan-jalan cari pasal tapi tentang perangai sesetengah manusia ni...ehem..ehem.. mentang2 ler baru balik dri training smlm....byk info yang aku dapat yang aku rasa nak share dgn kekawan semua...salah satunya ialah tiada manusia yang sempurna ....pasti ada kelebihan dan kekurangan atau kelemahan masing2...jika kita tahu kita ada kelebihan yang orang lain tak de gunakan kelebihan itu sebaiknya..maksud aku perelokkan atau perindahkan lagi supaya semuanya menjadi lebih baik dan setiap kelemahan kita tu anggaplah ianya sebagai cabaran diri yang perlu perbaiki atau diatasi supaya ianya tidak memberi kesan kepada keadaan sekeliling kita samada kepada keluarga atau rakan2 kita...bukan apa kalau kita buat donno aje atau anggap orang lain tu boleh terima setiap kelemahan kita tu ...takut lama2 orang menyampah nak berkawan dgn kita pulak....

aku sempat selitkan satu artikel yang diemail oleh seorang sahabat beberapa minggu lalu ...aku rasa sesuai dgn topik merapu meraban aku pada pagi ni........



Salah satu cabaran ditempat kerja, ada orang yang ngam dengan kita, ada yang dalam diam tak ngam dengan kita. Ada ke orang camni? Mungkin Ada....

Ada orang, tetiba tak layan kita, tak sambut tangan kita bila kita salam dia dan tak nengok muka kita langsung time kita bertembung. Bila Anda mengalami situasi camni, hadapilah ia dengan tenang.
Fikiran kena baik sepanjang masa, supaya kita berada dalam situasi yang baik-baik juga sepanjang masa, selama Anda berada di tempat kerja Anda sekarang.

Mungkin Anda tak tahu. Fikiran kita, hati kita dan minda kita, sepanjang masa berdoa.
Apa yang kita fikirkan selalu, ibarat kita berdoa minta ia dimunculkan pada kita. Apa yang kita selalu cakap dalam hati, ibarat kita minta supaya apa yang kita cakapkan itu didatangkan pada kita. Apa yang kita ulang-ulangkan di minda, apa yang kita ingat selalu, bayangkan selalu, ibarat kita berdoa supaya ia dijelmakan dalam kehidupan kita.

Saranan supaya bersangka baik pada sesiapa saja bukan sekadar saranan. fikiran, percakapan dan perbuatan kita memberi kesan tersendiri. Kita buat baik pada orang, orang buat baik pada kita juga.
Sebaliknya, bila kita jahat pada orang, otomatiknya orang akan jahat ngan kita juga. Jika kita berfikiran buruk pada orang, orang akan berfikiran buruk pada kita lantas membangkitkan komunikasi negatif antara kedua belah pihak, Anda dan dia.

Jangan cepat bersangka buruk bila orang buat tak layan denagn Anda. Gunakan reverse saikologi. Anggaplah dia mahu Anda tunjukkan pada dia kerajinan Anda, semangat kerja Anda dan kemahiran Anda. Itu lebih baik dari bersangka buruk tetiba.

Mungkin hari ni dia tak layan Anda. Esok-esok, mana tahu, dia sendiri yang datang tegur Anda.Sesetengah orang suka menilai orang lain dulu, dengan menguji dia. Anda kena terima hakikat memang ada orang camni. Dia test try dulu, tengok OK ke tidak, baik hati ke tidak.
Untuk kekal bersemangat, kekal berfikiran positif, bersangka baiklah dalam apa saja situasi, apa saja keadaan dalam apa jua ketika.



Friday, May 8, 2009

SELAMAT HARI IBU..............

Sejak smlm, bertalu2 sms dan email yang masuk sempena Hari Ibu ...terima kasih buat kekawan yang telah menghantar ucapan2 tu...

diam x diam dah 16 tahun aku bergelar mama...sepanjang tempoh itu aku cuba berikan yang terbaik kepada anak2 ku tapi apakah mereka telah mendapat yang terbaik dari aku???? mama garang... itule yang selalu anak aku ckap bila ada yang bertanya soalan begini...'antara ayah dan mama sapa lebih garang? tapi garang2 aku pun mulut aje lah yang lebih ...tapi tangan ni tak sampai hati nak memukul diorang. Zaman dah berubah ...jauh betul bezanya dengan bebudak la ni jika nak dibandingkan masa zaman ku dulu ..aku ambik satu contoh la....kalau mak atau ayah suruh apa2...sekali cakap aje..terus bangun buat..anak2 aku? hmmm sekali ckp buat tak dengar aje, 2 kali suruh..masih kat situ lagi...haa kau masuk 3 kali memang kluar ler suara rimau betina naik sawan...suara aku ler tu....

tapi semua itu asam garam pahit manis yang mesti ditempuhi bila bergelar ibu, mama atau umi....semua itu adalah pengalaman indah dan berharga....tak boleh dikutip di mana2...orang jual pun tak de...dah jadi ibu baru kita tahu camne perasaan hati seorang ibu...mcm yang mak kita penah rasa dulu bila kadangkala kita buat hal yang tak berkenan di hatinya.....korang setuju tak dgn pendapat aku ni? kalau tak setuju angkat kening ye....

bagi aku, anak2 ni adalah racun, mereka juga penawar dan menambahkan warna-warni dalam kehidupanku....menjadi penghibur hati, pengubat duka lara..penghibur di kala sunyi...lebih2 lagi bila hubby sibuk dengan tugasnya.....buat permata hatiku..ANIS, ALIA, AIN dan AQIL...mama amat sayangkan kalian semua...tiada harta yang lebih bernilai bagi mama selain kasih sayang dari anak2 mama.....tanpa kalian...mama tidak akan merasa nikmat menjadi seorang 'mama'...

buat kawan2 ku di luar sana....SELAMAT HARI IBU